Rosmah Seru Masyarakat Orang Asli Kuasai Ilmu

 

BANTING, 29 Jun (Bernama) – Isteri Perdana Menteri Datin Sri Rosmah Mansor menasihatkan masyarakat Orang Asli di negara ini agar merebut peluang untuk menguasai pelbagai ilmu bagi mengubah taraf sosio ekonomi mereka.

 

Beliau yang juga Penaung Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS) berkata penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang amat penting pada era masa kini dan ia wajar diberi perhatian untuk menjamin kejayaan setiap individu itu.

 

“Pendidikan merupakan tulang belakang dalam mengubah struktur ekonomi, dengan adanya ilmu, kita tidak akan ketinggalan atau merasa rendah diri.”

 

Orang yang berilmu akan menjadikan sesuatu ujian atau masalah itu sebagai cabaran yang mengujakan,“ katanya ketika berucap pada majlis perasmian program Siri Penjelajahan Kesejahteraan Keluarga Untuk Rakyat (SPEKKTRA) di Kampung Orang Asli Busut Baru disini.

 

Rosmah berkata ibi bapa daripada kalangan masyarakat Orang Asli pada masa kini mula menyedari tentang kepentingan pendidikan dan perkara itu terbukti apabila mereka turut mendorong anak-anak mereka menimba ilmu.

 

BERNAMA
 
Thursday the 29th. Affiliate Marketing. © 2012 Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia Hakcipta Terpelihara
Copyright 2012

©