Pendidikan Ubah Nasib Orang Asli

29 MAC 2013 Tanjong Tualang - Siri Program Penjelajahan Kesejahteraan Keluarga Untuk Rakyat (SPEKKTRA IV) anjuran Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS) dan Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berjaya menarik perhatian kira-kira 2,500 orang masyarakat Orang Asli tidak termasuk lain-lain tetamu jemputan yang dianggarkan 3,000 orang.

Sepanjang program tersebut pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya Ceramah Motivasi & Kecemerlangan Pendidikan yang disampaikan oleh seorang terpelajar dari kalangan masyarakat Orang Asli iaitu Prof. Madya Dr. Bahari Belaton, USM. Sementara Pemeriksaan Kesihatan & Ceramah Kesejahteraan Keluarga oleh LPPKN iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM).  

Majlis Perasmian siri program tersebut disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosman Mansor, Isteri Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Penaung Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS).

Diantara tetamu kehormat yang hadir dimajlis berkenaan ialah Isteri Kepada Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Pasir Salak, Ahli Dewan Undangan Negeri Kg. Gajah, Ketua Pengarah LPPKN Malaysia, Pengarah JAKOA Negeri Perak & Kedah, Pengarah LPPKN Negeri Perak, Pegawai Daerah Perak Tengah, dan lain-lain. 

    

 

Friday the 28th. Affiliate Marketing. © 2012 Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia Hakcipta Terpelihara
Copyright 2012

©