Orang Asli

Orang Asli merupakan masyarakat pribumi atau orang asal di Malaysia ini. Sebilangan besar masyarakat Orang Asli kini sudah jauh berubah meninggalkan cara hidup lama (tradisional) bagi mencari rezeki dan sumber ekonomi.  

Adalah warga pribumi atau golongan penduduk asal di Malaysia yang agak berbeza sedikit berbanding kelompok yang diistilahkan sebagai masyarakat bumiputra (Hood, 2004).

Orang Asli dikategorikan kepada tiga (3) kaum utama iaitu Senoi, Melayu-Proto dan Negrito. Setiap suku kaum dipecahkan kepada suku kaum yang berbeza dan kesemuanya lapabbelas (18) suku kaum, iaitu :


Senoi
•  Semai
•  Temiar
•  Semoq Beri
•  Jah Hut
•  Mahmeri
•  Che Wong

Melayu Proto
•  Jakun
•  Temuan
•  Semelai
•  Orang Kuala
•  Orang Kanaq
•  Orang Seletar

Negrito
•  Kensiu
•  Kintak
•  Lanoh
•  Jahai
•  Mendriq
•  Bateq

Masyarakat Orang Asli merupakan golongan minoriti yang sebahagian besar masih tinggal di kawasan pendalaman. Stastik Tahun 2010, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli 2011-2015) menyatakan terdapat seramai 36,658 Ketua Isi Rumah (KIR) atau keluarga dengan bilangan penduduk Orang Asli keseluruhannya seramai 178,197 orang.

Negeri Pahang merupakan negeri yang mempunyai bilangan penduduk Orang Asli yang teramai iaitu 67,503 orang diikuti oleh Perak seramai 53,299 orang.

Kehidupan Orang Asli hari ini jauh lebih baik dari tahun sebelum itu. Dewasa ini sudah ada dikalangan masyarakat tersebut perpendidikan tinggi berkelulusan doktor falsafah, sarjana, ijazah sarjana muda, diploma dan pelbagai peringkat sijil. Sebilangan mereka lulusan dalam negara tetapi ada juga yang sedang atau pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara, seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Jepun, Australia, Korea, India, dam lain-lain lagi.

Ada dikalangan Orang Asli kini menjadi pensyarah, doktor perubatan, peguam, guru, jurutera, pengurus, pegawai, jururawat, dan lain-lain lagi sama ada di sektor awam atau swasta.

Ada yang aktif melibatkan diri dalam bidang politik bersama parti kerajaan memerintah dan ada juga yang menyertai parti pembangkang. Sebilangan besar mereka juga aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ada yang menjadi pemimpin persatuan mereka sendiri, antaranya Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA), Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) dan lain-lain.

Siswazah Orang Asli juga aktif bersama serta memimpin masyarakat akar umbi dengan menjawat jawatan kemasyarakatan seperti Tok Batin, Pengerusi JKKK, Pengerusi Belia, Koperasi, dan lain-lain.

Friday the 18th. Affiliate Marketing. © 2012 Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia Hakcipta Terpelihara
Copyright 2012

©