Program Motivasi Kesedaran & Kecemerlangan Pendidikan

Program Motivasi Kesedaran Pendidikan Ibubapa & Kecemerlangan Pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Sg. Tiang, Gerik, Perak yang diadakan pada 28 Mac 2015 ; memberi suatu pengalaman dan kenangan manis buat Ahli Lembaga Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS).

Program anjuran Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS) ini mendapat sambutan kira-kira 350 Orang Asli suku Jahai yang tinggal di Kg. Sg. Tiang dan ada juga yang datang dari kampung-kampung berdekatan sekitarnya. Sepanjang aktiviti dijalankan para ibubapa dan pelajar-pelajar sekolah tersebut aktif berinteraksi dan bersikap positif. Sebilangan pelajar-pelajar berpotensi untuk terus maju dalam pendidikan sekiranya terus diberi perhatian dan bantuan sepenuhnya. 

Sekolah Rendah Kebangsaan Sg. Tiang adalah salah sebuah sekolah kampung terletak di pendalaman yang mengambil masa beberapa jam melalui jalan air untuk sampai. Suasana permandangan tasik yang indah dan kehijauan bukit-bukau sekelilingnya menjadikan sekolah ini unik dari yang lain.   

video

Friday the 28th. Affiliate Marketing. © 2012 Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia Hakcipta Terpelihara
Copyright 2012

©