Iltizam Pelajar Orang Asli

Program Motivasi Kesedaran & Kecemerlangan Pendidikan

O8 OGOS 2015 - Program Motivasi Kesedaran & Kecemerlangan Pendidikan Pelajar-pelajar Orang Asli Peringkat Sekolah Menengah Daerah Gua Musang anjuran Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS), di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra I, Gua Musang, Kelantan mendapat sambutan serta kerjasama jitu daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan & Terengganu (JAKOA) serta PPD Gua Musang. Sumber PPD Gua Musang menyatakan pelajar Orang Asli dari tujuh (7) buah sekolah menengah di sekitar daerah Gua Musang turut serta. Bilangan keseluruhan pelajar yang hadir adalah seramai lima ratus (500) orang.

Program tersebut dirasmikan oleh En.Nik Man Bin Nik Ya,  Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan & Terengganu. Turut hadir En. Muhammad Zahari Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang, Pegawai-pegawai JAKOA dan PPD Gua Musang.

Seawal pagi lagi "team" golongan terpelajar Orang Asli yang menyertai program tersebut sudah bangkit bagi memulakan langkah untuk menemui pelajar-pelajar disitu. Anggota pasukan terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM, UPSI, UMK, UNIMAS, Politeknik, KPM, dan lain-lain lagi berganding bahu dengan niat ikhlas untuk anak bangsa dan 'sehati sejiwa'. Pelajar-pelajar ini bertindak sebagai 'fasilitator' program dibawah seliaan ketua fasilitator. Ketua Fasilitator program terdiri daripada golongan terpelajar Orang Asli lepasan IPTA ; sebilangan mereka ini berpengalaman luas dalam bidang pekerjaan masing-masing dan juga merupakan Ahli Lembaga Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS).

Aktiviti program pendidikan yang berkonsepkan perkongsian pengalaman serta ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar pandangan serta pendapat itu, nyata menarik minat serta mendapat perhatian yang memberangsangkan dari pelajar-pelajar sekolah. Para pelajar juga begitu ceria, santai menumpukan perhatian terhadap program yang dijalankan serta memberi kerjasama erat dan penuh mesra.

Profesor Dr. Juli Edo, dari Universiti Malaya dalam ceramahnya menceritakan pengalaman pahit dan manis beliau semasa belajar di peringkat sekolah rendah sehingga ke manara gading. Segala pengalaman yang dilaluinya itu menjadi perangsang dan bermakna kepada pelajar-pelajar sekolah untuk terus maju kehadapan.  

"Tuhan jadikan manusia itu sama sahaja, dan tidak ada sebab mengapa tidak boleh maju dalam pindidikan seperti bangsa-bangsa lain", itu nasihat En. Rashid Ka', Pengerusi Yayasan Orang Asli Malaysia kepada para pelajar.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak ; sama ada secara langsung atau tidak langsung yang telah memberi kerjasama, menyumbang, membantu dan sokongan padu menjayakan program ini.

 

Friday the 18th. Affiliate Marketing. © 2012 Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia Hakcipta Terpelihara
Copyright 2012

©