Tangisan Dalam Senyuman

Suka duka adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Namun boleh bertahan terus hidup setelah empatpuluh lapan hari di dalam hutan pada usia sekecil itu adalah sesuatu misteri. Adik Norieen Yaakob dan Miksudiar Aluj, 11, ditemui hidup pada 09 Oktober 2015 selepas hilang pada 23 Ogos 2015.


Apapun hanyalah linangan air mata, tangisan dan rintihan yang mampu mereka lakukan. Sedetik berlalu, siang berganti malam mereka bertarung nyawa untuk terus hidup. Berembun, berhujan, berpanas, dan berbumbung angkasa rimba ; ungas berkeliaran, nyamuk atau agas sudah pastinya tidak terkecuali.

Berat mata memandang tetapi lebih berat, perit lagi derita yang mereka tanggung selama itu. Seorang demi seorang telah pergi meninggal mereka, ditatapi dan hanya kesyahduan mengiringi pemergian.

Ini adalah suatu petunjuk dari pencipta, Tuhan yang maha kuasa lagi pengasih serta penyayang. Suatu tragedi yang harus direnung bersama dengan sedalam-dalamnya ; juga suatu pengajaran buat semua insan.

Hatta, hikmah disebalik kejadian ini perlu dirungkai segera ; mencari kebenaran dan memperbaiki segala kelemahan, dan seterusnya. Ianya tidak boleh dipandang sepi terbiar usang dalam lipatan sejarah.

Seluruh Masyarakat Orang Asli sentiasa mengikuti perkembangan ini dan suatu tragedi yang sangat menyayat hati serta menyentuh perasaan mereka semua.

Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS) melakukan setakat yang termampu dengan menghulur sedikit sumbangan ikhlas serta menyampaikan sumbangan hasil kutipan daripada golongan terpelajar Orang Asli yang prihatin. Sebagai sebuah organisasi kecil yang miskin dari segi harta dan wang ringgit hanya dapat melakukan setakat yang terdaya.


Seterusnya, buat semua insan yang budiman seandainya ada keikhlasan untuk menyumbang demi masa depan dua (2) orang pelajar yang terselamat dari tragedi tersebut maka boleh menghubungi kami menerusi e-mail : yosmalaysia @ gmail.com atau ditalian 013-2403203.

 

Thursday the 29th. Affiliate Marketing. © 2012 Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia Hakcipta Terpelihara
Copyright 2012

©