Menjana Destini Pendidikan Orang Asli

 

 

 

 

“..orang yang berhenti belajar akan menjadi pemilik masa lalu dan orang yang terus belajar akan menjadi pemilik masa depan..”
Cicit Batin Simpok

 

 

Hari Perayaan Orang Asli Malaysia

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016 kepada seluruh masyarakat Orang Asli Malaysia. Semoga Tahun Baru 2016 lebih bermakna buat kita semua ; penuh keamanan, kesejahteraan dan kesentosaan.

Tangisan Dalam Senyuman

Suka duka adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Namun boleh bertahan terus hidup setelah empatpuluh lapan hari di dalam hutan pada usia sekecil itu adalah sesuatu misteri. Adik Norieen Yaakob dan Miksudiar Aluj, 11, ditemui hidup pada 09 Oktober 2015 selepas hilang pada 23 Ogos 2015.


Read more: Tangisan Dalam Senyuman

Bumi Dipijak, Langit Dijunjung

Seperti perumpamaan orang tua-tua masyarakat Orang Asli, 'dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung'. Disebalik falsafah kehidupan ini menjadi dorongan serta semangat pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ringlet, Cameron Highland, Pahang.

Berada dipuncak bukit dengan kehijauan yang menyegarkan serta suasana nyaman persekitaran sekolah turut menceriakan tiga ratus orang pelajar-pelajar Orang Asli.

Kehadiran Team Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS) pada 04 April, 2015 yang lalu memberi lambaran baru kepada mereka untuk terus maju kehadapan dalam pelajaran.

Semangat serta keyakinan diri untuk maju jelas terbayang menerusi raut wajah mereka, dan kerjasama yang diberikan sepanjang program motivasi tersebut dijalanlkan.

Iltizam Pelajar Orang Asli

Program Motivasi Kesedaran & Kecemerlangan Pendidikan

O8 OGOS 2015 - Program Motivasi Kesedaran & Kecemerlangan Pendidikan Pelajar-pelajar Orang Asli Peringkat Sekolah Menengah Daerah Gua Musang anjuran Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS), di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra I, Gua Musang, Kelantan mendapat sambutan serta kerjasama jitu daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan & Terengganu (JAKOA) serta PPD Gua Musang. Sumber PPD Gua Musang menyatakan pelajar Orang Asli dari tujuh (7) buah sekolah menengah di sekitar daerah Gua Musang turut serta. Bilangan keseluruhan pelajar yang hadir adalah seramai lima ratus (500) orang.

Read more: Iltizam Pelajar Orang Asli

Wednesday the 18th. Affiliate Marketing. © 2012 Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia Hakcipta Terpelihara
Copyright 2012

©