Hari Kemerdekaan Malaysia

Malaysia Berdaulat
Tanah Tumpahnya Darah Ku

 

Majlis Belia Orang Asli Malaysia

(Malaysian Orang Asli Youth Council)

 

Syabas! buat semua Ahli Jawatankuasa Penaja Majlis Belia Orang Asli Malaysia diatas kejayaan merealisasi penubuhan Majlis Belia Orang Asli Malaysia atau ringkasnya MOYC. Tahniah !

 

Pendaftaran Majlis Belia Orang Asli Malaysia telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia secara rasmi pada 16 JANUARI 2013. Ianya juga adalah hasil titik pertemuan mesyuarat Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) pada 28 Disember 2011 bertempat di Wisma Majlis Belia Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur.

 

Read more: Majlis Belia Orang Asli Malaysia

Perayaan Orang Asli

Sambutan Tahun Baru bagi Orang Asli atau dalam bahasa suku kaum Jakun dikenali sambutan ‘Tahon Baro’ manakala dalam bahasa suku kaum Semai ‘Jis Pai’ atau ‘Tahut Pai’ , bahasa suku kaum Temuan ‘Tahun Bahauk’ , Semelai ‘Nyulung Tahun’ , Mahmeri ‘Tawun Empai’ dan bahasa Temiar ‘Is Pai’. Dari segi sebutannya berbeza, namun pengertian atau maksudnya adalah sama iaitu perayaan menyambut tahun baru. Orang Asli merayakan hari perayaan mereka ini secara serdahana tetapi penuh muhibah.

 

Perayaan Menyambut Tahun Baru bagi lapanbelas etnik Orang Asli di Semenanjung Malaysian bermula penghujung tahun iaitu  31 DISEMBER.

 

Read more: Perayaan Orang Asli

Doa Selamat

Mantera Seru

(Mantera Doa Selamat Orang Asli)


Ya! Tuhan Ku
Yang Maha Agung
Pencipta & Penguasa Alam Semesta
Empat Penjuru, Tujuh Alam
Tujuh Lapis Bumi
Tujuh Lapis Langit

Murahkan Razeki Serta Panjangkan Usia Kami
Lindungilah & Sejahterakanlah Kehidupan Kami

Selagi Ada Matahari, Bulan & Bintang
Selagi Bumi & Langit Tidak Bertelangkup
Restuilah Perjuangan Kami
Restuilah Hajat & Permintaan Kami Sepanjang Hayat
 

(…nyatakan jika ada lagi…)

Ya! Tuhan Ku
Berkatilah Doa & Harapan Kami
Cucu Cicit Darah Adam - Hawa
Di Bumi
Alam Semulajadi, Asal Manusia
Umat Mu

Nota :
Mantera doa ini dipetik dari ilmu kebatinan suku kaum Orang Asli (Jakun). Sebutan asal atau  ungkapan penuh mantera ini tidak dapat disiarkan kerana masalah tafsiran dan kerahasiaan.
Friday the 18th. Affiliate Marketing. © 2012 Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia Hakcipta Terpelihara
Copyright 2012

©