Program Motivasi Kesedaran & Kecemerlangan Pendidikan

Program Motivasi Kesedaran Pendidikan Ibubapa & Kecemerlangan Pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Sg. Tiang, Gerik, Perak yang diadakan pada 28 Mac 2015 ; memberi suatu pengalaman dan kenangan manis buat Ahli Lembaga Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS).

Program anjuran Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS) ini mendapat sambutan kira-kira 350 Orang Asli suku Jahai yang tinggal di Kg. Sg. Tiang dan ada juga yang datang dari kampung-kampung berdekatan sekitarnya. Sepanjang aktiviti dijalankan para ibubapa dan pelajar-pelajar sekolah tersebut aktif berinteraksi dan bersikap positif. Sebilangan pelajar-pelajar berpotensi untuk terus maju dalam pendidikan sekiranya terus diberi perhatian dan bantuan sepenuhnya. 

Sekolah Rendah Kebangsaan Sg. Tiang adalah salah sebuah sekolah kampung terletak di pendalaman yang mengambil masa beberapa jam melalui jalan air untuk sampai. Suasana permandangan tasik yang indah dan kehijauan bukit-bukau sekelilingnya menjadikan sekolah ini unik dari yang lain.   

video

Sentiasa Bersama Masyarakat

Yayasan Orang Asli Malaysia (YOS) sentiasa bersama masyarakat dan sering mengadakan aktiviti atau program berbentuk kemasyarakatan, dan setiap aktiviti atau programnya sentiasa mendapat kerjasama jabatan atau agensi kerajaan. Contohnya Program Siri Penjelajahan Kesejahteraan Keluarga Untuk Rakyat (SPEKKTRA) di Kg. Orang Asli Bt. Gong, Pekan, Pahang Darul Makmur, dan Motivasi Kesedaran Pendidikan Masyarakat Orang Asli Suku Temiar di Kg. Pulau Tujuh, RPS Banun, Perak Darul Redzuan.

Read more: Sentiasa Bersama Masyarakat

Perayaan Orang Asli



Sambutan Tahun Baru Orang Asli atau dalam bahasa suku kaum Jakun dikenali sambutan ‘Tahon Baro’ manakala dalam bahasa suku kaum Semai ‘Jis Pai’ atau ‘Tahut Pai’ , bahasa suku kaum Temuan ‘Tahun Bahauk’ , Semelai ‘Nyulung Tahun’ , Mahmeri ‘Tawun Empai’ dan bahasa Temiar ‘Is Pai’. Dari segi sebutannya berbeza, namun pengertian atau maksudnya adalah sama iaitu perayaan menyambut tahun baru. Orang Asli merayakan hari perayaan mereka ini secara serdahana tetapi penuh muhibah.

Read more: Perayaan Orang Asli

Hari Malaysia

16 September 2013
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE 50

 

Orang Asli

Orang Asli merupakan masyarakat pribumi atau orang asal di Malaysia ini. Sebilangan besar masyarakat Orang Asli kini sudah jauh berubah meninggalkan cara hidup lama (tradisional) bagi mencari rezeki dan sumber ekonomi.  

Adalah warga pribumi atau golongan penduduk asal di Malaysia yang agak berbeza sedikit berbanding kelompok yang diistilahkan sebagai masyarakat bumiputra (Hood, 2004).

Orang Asli dikategorikan kepada tiga (3) kaum utama iaitu Senoi, Melayu-Proto dan Negrito. Setiap suku kaum dipecahkan kepada suku kaum yang berbeza dan kesemuanya lapabbelas (18) suku kaum, iaitu :

Read more: Orang Asli

Thursday the 29th. Affiliate Marketing. © 2012 Yayasan Orang Asli Semenanjung Malaysia Hakcipta Terpelihara
Copyright 2012

©